KATA ALU-ALUAN GURU BESAR

 
 

 

  • Kata Alu-aluan Guru Besar

 

 

 

 

 

 

 

 

Salam sejahtera.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua warga S.J.K. (C) Kuo Kuang2 yang telah berjaya membina laman web ini.

Pada era kemajuan sains dan teknologi ini, pembinaan laman web adalah penting untuk memperkenalkan sekolah kita kepada masyarakat luar khususnya. Selain itu, pelbagai maklumat tentang sekolah kita dapat disimpan dengan kemas dan teratur sebagai rujukan pada masa akan datang. Ini dapat memudahkan kerja dan menjimatkan masa kepada kita semua dan juga kepada sesiapa sahaja yang ingin mendapat maklumat tentang sekolah kita.

Bagi pihak sekolah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya guru-guru atas kerjasama dan sokongan yang diberikan bagi menjaya pembinaan laman web ini.

sekian,terima kasih.

 

Kejujuran dan Keikhlasan

Encik Chew Chai Kiat
Guru Besar
S.J.K. (C) Kuo Kuang2

   
 
 

Alamat: Jalan Persisiran Sutera Danga, Taman Sutera Utama, 81300 Skudai, Johor Bahru, Johor, Malaysia.

NO. Telefon: 607-5591310, 5591320 NO. Faks: 607-5591304