

Persatuan ini mengandungi 37 orang ahli dari tahun 4, 5, dan 6 masing-masing. Guru-guru pensihat persatuan ini adalah Cik Woon Wen Yi, Pn. Teo Hwee Phei, Cik Chong Poh Lian, Cik Lee Lih Sy, Pn Lim Shi Ki, Cik Wong Li Jing, Pn Tan Gek Hoon, Cik Ik Siew Keng, Cik Na Ee Mei, dan Cik Koh Kha Ngo. Persatuan ini pernah menyertai banyak pertandingan di pengringkat sekolah dan daerah. Dalam pertandingan-pertandingan tersebut, ahli persatuan ini telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang. Dengan menyertai persatuan ini, ahli-ahli persatuan dapat menambah ilmu pengetahuan dan cara merawat. Ahli-ahli persatuan ini juga dapat mempelajari tentang cara kawad kaki. Kawad kaki dapat mendisiplinkan seseorang bukan sahaja di dalam pasukan bahkan dalam kehidupan seharian.

Pengangkap merupakan salah satu badan beruniform yang ditubuhkan sdi sekolah kita. Keistimewaannya adalah ahli-ahli badan ini terdiri daripada jantina lelaki sahaja. Bilangan ahlinya adalah sebanyak 145 orang iaitu tahun 4 seramai 44 orang manakala tahun 5 adalah seramai 51 orang. Bilangan ahli tahun 6 adalah seramai 50 orang serta di bawah pimpinan beberapa orang guru penasihat iaitu En Pang Kim Shiang, Cik Lim Hui Hsien, Pn Tea Bee Kheng, En Adrian Ling Hing Leong, Cik Tiew Ee Hui, Cik Yap Siu Zian, dan Cik Tan Mei Ping,. Badan ini juga melatih murid-murid berdisiplin dan berdikari dalam kehidupan seharian mereka dengan melalui latihan kawad kaki. Ahli-ahli badan ini juga berpeluang mempelajari ikatan-ikatan yang penting dalam aktiviti pembinaan khemah semasa berkhemah di sesuatu tempat. Lagu-lagu yang dicipta khas untuk badan ini juga dapat mengeratkan perhubungan antara ahli-ahli dengan secara tidak langsung.

Salah satu badan beruniform yang telah ditubuhkan di SJK(C) Kuo Kuang 2 adalah Tunas Puteri bandan ini ditubuhkan khas untuk murid perempuan sahaja. Badan ini adalah di bawah pimpinan beberapa orang guru penasihat iaitu Ong Geok Wan, Cik Lee Khai Sean, Cik Teo Ah See, Pn Tee Yoke Foon, Cik Ng Ling Li, Cik Teoh Woon Chyi dan Nurazuana Sait. manakala ahlinya terdiri daripada 140 orang murid dari tahun 4, 5 dan 6. setiap ahli diwajibkan memakai uniform masing-masing dan berlatih kawad kaki setiap pertemuan dijalankan. Dengan menyertai badan beruniform ini, murid-murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang tidak boleh diperolehi dalam proses P&P yang dijalankan di dalam kelas.

Persatuan Bahasa Cina merupakan salah satu persatuan yang paling penting bagi murid-murid. Persatuan ini dipimpin oleh beberapa orang guru penasihat iaitu n Lim Oi Fah, Pn Chee Siew Hua dan Cik Looi Mei Hua. Bilangan ahli persatuan adalah seramai 86 orang murid dari tahun 4, 5 dan 6. Melalui persatuan ini, ahli-ahli mempunyai peluang untuk mempelajari menulis kaligrafi. Aktiviti ini dapat memupuk sifat kesabaran di kalangan murid-murid. Ahli-ahli persatuan ini juga dapat memperoleh ilmu pegetahuan yang lebih mendalam tentang bidang sastera dan tulisan Bahasa Cina.

Cik Chye Mui Lian, Cik Lim Pei Sin dan Cik Dianna Bt Kirtih sebagai guru penasihat bagi Persatuan Bahasa Melayu bagi Tahun 2007 sekolah ini. Terdapat seramai 48 orang murid telah menyertai persatuan ini. Guru-guru penasihat persatuan ini telah bertungkus-lumus memberi pengetahuan kepada ahli persatuan ini. Ahli persatuan juga dapat menambahkan ilmu bahkan ilmiah mereka melalui aktiviti-aktiviti yang disertai.

Terdapat seramai 33 orang murid daripada jumlah murid sesi pagi telah menyertai Persatuan Inggeris SJK (C) Kuo Kuang 2 pada tahun ini. Guru penasihat bagi persatuan ini ialah Pn Fan Lai Yee, Pn Tan Sze Ling dan Pn Lew Sok Han. Persatuan ini telah menjalankan pelbagai jenis aktiviti dengan lancar bawah bimbingan guru penasihat yang berwibawa. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti kuiz, bercerita, dan sebagainya.

Persatuan Matematik dianggotai seramai 83 orang murid tahun 4 hingga tahun 6. Persatuan ini dipimpin oleh beberapa orang iaitu Pn Tan Swee Kim, Pn Ong Li Chuen, Cik Cheah Hwai Lee, Cik Wong Siew Li dan Cik Looi Yan Ting. Murid-murid dapat menjawab soalan yang amat mencabar. Murid-murid juga dapat berbincang antara satu sama lain untuk menyelesaikan masalah matematik. Maka perhubungan antara murid dengan murid ataupun murid dengan guru penasihat dapat dieratkan. Persatuan Matematik ini telah menganjurkan pertandingan kuiz dan murid-murid juga melibatkan diri dalam pertandingan. Sambutan yang baik telah meyebabkan program tersebut dijalankan dengan lancar.

Pn Han Su Sean, Cik Luo Yoke Ling, Pn Chee Mooi Sim, dan Pn Loy Nai Nee telah dilantik sebagai guru penasihat bagi Persatuan Seni Lukis SJK (C) Kuo Kuang 2 pada tahun 2007. Ramai murid berminat terhadap bidang seni dan persatuan ini telah dianggotai seramai 109 orang murid. Bakat melukis telah dapat dicungkil melalui persatuan ini. Guru penasihat telah memberi banyak tunjuk ajar kepada murid supaya murid dapat menghasilkan hasil yang kreatif setiap kali pertemuan. Hasil-hasil yang kreatif juga dipamerkan pada Hari Terbuka pada bulan Jun tahun ini.

Persatuan SRT merupakan salah satu kelab yang hanya disertai oleh murid perempuan sahaja. Oleh itu, ahlinya terdiri daripada murid tahun 4 hingga tahun 6 iaitu seramai 64 orang. Manakala Pn Khoo Siew Lee, Cik Lo Kwan Fong, Pn Sylvia Anderson Then Shze Chiat, Cik Lim Yong Shieng dan Pn The Siew Keng telah dilantik sebagai guru penasihat dan memimpin murid mengeluarkan hasilan yang kreatif. Hasil-hasil yang dibuat adalah seperti sulaman, barang perhiasan yang diperbuat daripada bahan kitar semula. Kelab ini telah memupuk sifat sayang kepada alam sekitar dan berjimat-cermat di kalangan murid. Di samping itu, hasil murid telah dipamerkan pada Hari Terbuka pada bulan Jun tahun ini.

Kelab koir sekolah kita telah disertai seramai 53 orang murid yang mempunyai bakat bernyanyi. Kelab koir diketuai oleh cik Lim Si Jie, Cik Tee Lee Wend an Pn Wong Fong Mui. Murid-murid koir akan diajar teknik bersuara dan cara mengeluarkan suara yang merdu. Kelab koir sekolah merupakan kumpulan yang aktif di mana murid-murid sering dijemput untuk membuat persembahan di dalam sekolah dan juga di luar sekolah. Melalui kelab koir, murid-murid dilatih supaya bekerjasama di antara satu sama lain dan bersabar semasa menjalankan aktiviti. Semangat patriotic juga ditanam apabila lagu-lagu patriotic dinyanyikan oleh murid-murid koir.

Kelab angklung merupakan kelab yang istimewa di dalam sekolah. Kelab ini hanya disertai oleh 22 orang murid dan guru penasihat kelab ini ialah Cik Khor Ceah Ling dan Cik Chu Yoke Hsia. Murid-murid kelab angklung telah diajar cara-cara menggunakan alat-alat muzik yang kelihatan biasa tetapi sukar dimain dengan bagus. Alat-alat muzik angklung ialah alat muzik yang traditional, maka jarang murid-murid sedar terdapat alat muzik ini. Murid-murid kelab ini juga sering dijemput untuk membuat persembahan dalam hari yang istimewa seperti Hari Guru, Hari Kanak-kanak dan lain-lain.

Kelab catur terdapt 121 orang murid dan guru penasihat kelab catur ialah Pn Tie Ing Yeng, Cik Kik Hui Hui, Cik Low Ley Ching, Pn Ong Ai Joo dan Cik Lee Yien Siang. Murid-murid kelab catur dilantik supaya sentiasa bersabar untuk menyelesaikan sesuatu kerja walaupun cabaran dan rintangan dihadapi. Selain itu, murid-murid berpeluang berkenal ramai rakan yang berminat dalam permainan traditional ini. Melalui pertandingan catur , mereka berjaya menanam sifat bertolak ansur dan sifat sabar dalam hati mereka. Pada waktu rehat, dapati murid-murid yang mempunyai minat yang sama ini akan menggunakan masa yang begitu singkat untuk bermain catur. Secara tidak langsung, murid-murid tersebut telah pandai menggunakan msa lapang mereka untuk melakukan aktiviti yng berfaedah.

Kelab perkebunan sekolah ini diketuai oleh Pn So Kwee Bee, Pn Tan Siok Hoon, Cik Lau Qiu Ling, Cik Lim Yin Chew, Pn Yoh Ai Lin, Cik Tan Cheng Yi, Pn Wong Ai Ling, Cik Wong Chew Hua, dan Cik Ho Suet Lian. Kelab ini terdapat seramai 105 orang murid yang terdiri daripada murid tahun 4 hingga murid dari tahun 6. kelab perkebunan telah menyediakan pelbagai jenis aktiviti supaya murid-murid yang menyertai mendapat ilmu pengetahuan melalui aktiviti tersebut. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah menanam sayur-sayuran, menceriakan kawasan pekebunan sekolah dan lain-lain. Setiap murid diajar menanam sayur dan sayur tersebut akan dijaga oleh mereka sendiri pada waltu rehat. Selepas sayur-sayuran yang ditanam tersebut tumbuh subur, murid-murid akan membawa balik sayuran tersebut ke rumah.
Segala aktiviti yang dianjurkan sepanjang tahun ini berjaya dan menarik hati murid-murid yang menyertai kelab ini.

Kelab masakan SJK (C) kuo Kuang 2 diketuai oleh Pn Wong Fun Moi, Pn Wang Sze Lan, Pn Gan Chew dan Pn Teo Bee Hong. Beliau ialah guru penasihat yang mahir dalam bidang masakan, maka aktiviti – aktiviti sepanjang tahun2007 telah dijalankan dengan lancar. Kelab ini telah dianggotai oleh 55 orang murid. Murid –murid tersebut terdiri daripada murid tahun 4 hingga murid tahun 6. Murid-murid telah diajar teknik-teknik memasak dan membuat kuih-muih oelh guru penasihat kelab. Aktiviti yang istimewa seperti membuat kek, membuat kuih bulan telah diajar kepada murid-murid. Melalui tunjuk ajar guru penasihat kelab, murid-murid kelab masakan semakin mahir untuk menyediakan makanan dan kuih muih.

Perpustakaan telah diketuai oleh cik kek. Seramai 29 orang murid telah dipilih sebagai perpustakawan sekolah kuo kuang 2. Perpustakawan- perpustakawan yang dipilih khas untuk membantu Cik Kek Pei Shi, Cik Lai Min Li dan Pn Lee Khai Khai menyediakan suasana membaca yang selesa supaya murid-murid berasa selesa dan boleh menumpukan perhatian untuk membaca di dalam perpustakaan. Selain menyediakan suasana yang selesa, perpustawan –perpustawan yang dipilih itu akan menyediakan bahan bacaan yang telah disusun mengikut kategori dan bahan-bahan bacaan ini akan disediakan di atas rak-rak buku. Bahan-bahan bacaan di perpustakaan sekolah kita bukan sahaja terdiri daripada buku rujukan tetapi juga terdiri daripada buku fiksyen dan buku cerita serta surat khabar.

Seramai 105 orang murid telah menyertai kelab badminton sekolah kita pada Hari Rabu dan Sabtu. Kelab ini diketuai oleh Pn Goh Siew Siew, Cik Lau Mee Lee, Pn Teo Li Kiang, Cik Khaw Thing Thing, Pn Lim Chai Yong, En Yong Keng Huat, Cik Tan Po Su, dan Ser Choon Lian. Murid-murid telah diajar teknik-teknik asas semasa bermain badminton. Selepas itu, murid-murid yang berjaya menguasai teknik asas akan dilantik supaya bakat mereka dicungkil oleh guru penasihat. Murid-murid yang berbakat dan mahir akan dipilh sebagai wakil sekolah supaya menyertai pertandingan-pertandingan sama ada dalam sekolah bahkan pertandingan di luar sekolah.

Kelab bola jaring telah disertai oleh 48 orang murid perempuan sekolah kuo kuang 2. Kelab ini diketui oleh cik Tan Lee Teng, Cik Nor Aida Bt Saad dan Masnizan @ Dayang Bt Balus. Walaupun sekolah kita tidak mempunyai gelanggang khas untuk kelab bola jaring, tetapi atas usaha guru penasihat dan murid-murid kelab ini, aktiviti – aktiviti masih berjaya dijalankan secara lancar sepanjang tahun ini. Murid-murid perempuan yang penuh dengan semangat ini telah diajar teknik asas pada awal tahun. Atas usaha dan kerjasama murid-murid, kini mereka berjaya menjalankan pertandingan di gelanggang bola jaring.

Kelab bola keranjang terdiri daripada 113 murid. Kelab ini dipimpin oleh Pn Sam Yoke Ying, Cik Tan Shwu Jing, En Loh Xzi Phen, Pn Chiam Seow Ying, Cik Sun Saw Hui, Cik Ang Hui Ling, Cik Tham Pow Chin dan Cik Chin Swee Sieng. Beliau seorang guru yang berwibawa dalam permaianan ini. Murid-murid mempelajari peraturan asas dan teknik asas bagi permaianan bola keranjang semasa latihan mingguan diadakan pada hari Sabtu. Murid-murid berlatih dengan penuh semanagat semasa latihan.

Kelab ping pong dianggotai oleh 50 orang murid Guru penasihat kelab ping pong ialah En Tey Ming Yeow, En Lim Chye Koon, Cik Fam Lee Yun, Pn Lim Lay Sim, Cik Wong Hui Sing dan Cik Yap Boon Thing. Latihan mingguan diadakan setiap minggu dibawah pimpinan cikgu pada Hari Rabu dan Hari Sabtu. Latihan asas bagi kelab ping pong diperkenalkan bagi murid-murid. Murid-murid mempelajari peraturan asas dan teknik asas semasa latihan dijalankan. Anggota kelab ping pong beritizam untuk berusaha lebih giat bagi mencapai prestasi yang lebih baik.

Kelab bola baling dianggotai oleh murid-murid dari darjah 4 hingga darjah 6 seramai 60 orang. Ahli kelab bola sepak terdiri dari murid-murid lelaki dan perempuan. Latihan mingguan diadakan setiap minggu dibawah pimpinan En Abu Huzaifah B. Mohd, Cik Koh Pei Nei, Cik Noor Azlia dan En Pang Jung Hung. Latihan asas bagi bola baling diperkenalkan bagi murid-murid. Pertandingan dalaman di antara anggota kelab sering kali diadakan untuk mencungkil murid yang berpotensi. Anggota kelab bola baling beritizam untuk berusaha lebih giat bagi mencapai prestasi yang lebih baik.

Kelab bola sepak dianggotai oleh murid-murid dari darjah 4 hingga darjah 6 seramai 155 orang. Ahli kelab bola sepak terdiri dari murid-murid lelaki sahaja. Latihan mingguan diadakan setiap minggu dibawah pimpinan En Lim Peng Khuang, En Chong Swee Chye, En Lee Soo Yeek, En Tham Chon Pik, dan En Teh Kien Meng. Latihan asas bagi bola sepak diperkenalkan bagi murid-murid. Anggota kelab bola sepak beritizam untuk berusaha lebih giat bagi mencapai prestasi yang lebih baik.

Cikgu Tee Yoke Ling, Pn Gan Leng Lee, Cik Lam Ying Yin, Cik Tan Sheau Huey, dan Cik Lee Fei Chin merupakan guru penasihat kelab bola tampar. Beliau merupakan guru yang berpengalaman dalam permainan bola tampar. Kelab bola tampar dianggotai oleh 43 orang murid. Pertandingan tertutup di antara anggota kelab sering diadakan untuk mencungkil murid yang berbakat dalam permaian ini.

Kelab olahraga merupakan kelab yang memainkan peranan untuk menghasilkan alahragawan dan olahragawati sekolah. Kelab ini dipimpini oleh para guru yang berwibawa dan berpengalaman dalam acara padang dan acara balapan iaitu Cik Sia Sung Hoon, En Lee Bing Lun, Cik Wong Ai Mee, Cik Yap Chuei Then dan Cik Teo Hwee Nah. Kelab ini terdiri daripada 124 anggota. Kelab ini memberi pendedahan asas kepada murid tentang peraturan asas dan teknik-teknik yang betul dalam acara olahraga. |