KO-KURIKULUM HARI RABU

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KO-KURIKULUM  HARI RABU 

 

Pada setiap hari Rabu , dari pukul 1.30 petang hingga 3.30 petang , sekolah kami akan mangadakan ko-kurikulum dan sebanyak 11 persatuan dan kelab diadakan untuk semua murid tahun 4,5,dan 6. Persatuan yang diadakan pada hari itu seperti Wushu, Taekwando, Pancaragam, Chinese Drum, Tarian, Kaligrafi, Permainan Yoyo Cina, Kelad Taici, Persatuan Hosana, Kelab Budhi, dan Kelab Ping Pong.

WUSHU

Kelab Wushu ini sangat digemari oleh murid. Murid yang menyertai kelab ini dapat menjalankan pelbagai aktiviti yang dapat menyihatkan badan. Kelab ini dapat seorang jurulatih dari luar untuk mengajar murid-murid. Pada tahun ini, Kelab Wushu ini mengandungi sebanyak 60 orang murid. Guru Penasihat kelab ini ialah Pn Tham Poo Fan dan Pn Ho King Moi.

TAEKWANDO 

Kelab Taekwando ini sangat digemari oleh murid. Dengan menyertai kelab ini, murid dapat menjalankan pelbagai aktiviti yang dapat menyihatkan badan. Kelab ini dapat seorang jurulatih dari luar untuk mengajar murid-murid tentang teknik-teknik berkenaan. Pada tahun ini, Kelab Taekwando ini mengandungi sebanyak 28orang murid. Guru Penasihat kelab ini ialah Pn Ong Leh Teng dan Pn Yong Siang Mee.

PANCARAGAM

Pancaragam ini terdiri daripada murid tahun 4,5 dan 6, bilangan ahli yang terdapat dalam kelab ini adalah sebanyak 101murid. Kelab ini dapat seorang jurulatih dari luar untuk mengajar murid-murid. Dengan menyertai kelab ini, murid-murid dapat mempelajari pelbagai jenis alat-alat muzik. Pancaragam ini juga selalu mengadakan persembahan pada hari sukan. Guru Penasihat kelab ini ialah Pn Lim Hui Tin, n Nyan Lee Ling dan Cik Ng Ah Pang.

CHINESE DRUM

Kelab Chinese Drum ini juga sangat digemari oleh murid lelaki. Dengan kelab ini, murid yang menyertai dapat mengenali 24 jenis nama Chinese Drum dan juga dapat mempelajari pelbagai teknik untuk memainankan Chinese Drum ini.. Kelab ini dapat seorang jurulatih dari luar untuk mengajar murid-murid. Pada tahun ini, Kelab Chinese Drum ini mengandungi sebanyak orang murid. Guru Penasihat kelab ini ialah Cik Chung Lei Hui dan Cik Wee Mei Fong. Kelab ini selalu dijemput ke luar sekolah untuk mengadakan persembahan seperti pada hari Pesta Tanglung , Majlis-majlis dan sebagainya. Mereka juga mengadakan persembahan dalam sekolah kami seerti pada hari kanak-kanak, hari sukan dan sebangainya.

TARIAN

Kelab Tarian ini sangat digemari oleh murid perempuan. Dengan menyertai kelab ini, murid mempalajari pelbagai jenis tarian seperti tarian tradisiona Kaum Cina, Melayu dan juga Kaum India. Kelab ini dapat dua orang jurulatih dari luar untuk mengajar murid-murid. Pada tahun ini, Kelab Tarian ini mengandungi sebanyak 47orang murid. Murid-murid kelab ini mengadakan persembahan pada hari kanak-kanak setiap tahun. Guru Penasihat kelab ini ialah Pn Chan Moi Kiue dan n Tan Hong Keaw .

KALIGRAFI

Kelab Kaligrfi ini mengandungi sebanyak 16 orang murid. Guru penasihat kelab ini ialah Pn Wendy Lim Chen Nee dan Pn Teo Lay Kiong. Kelab ini dapat seorang guru yang mengajar kaligrafi dari luar untuk mengajar murid-murid. Dengan menyertai kelab ini murid-murid dapat mempelajari cara menulis kaligrafi. Maka sifat kesabaran dapat dipupuk di kalangan murid yang telah melibatkan diri dalam aktiviti ini.

PERMAINAN YOYO CINA

Kelab Permainan Yoyo Cina ini sangat digemari oleh murid-murid sekolah kami . Dengan menyertai kelab ini, murid dapat menjalankan pelbagai aktiviti dan juga dapat mempelajari pelbagai jenis teknik untuk bermain Yoyo Cina ini.. Kelab ini dapat seorang jurulatih dari luar untuk mengajar murid-murid. Pada tahun ini, Kelab ini mengandungi sebanyak 54 orang murid. Guru Penasihat kelab ini ialah Pn Siah Li Mei dan Cik Ton Mee Lan. Murid-murid kelab ini juga selalu mengadakan persembahan ada hari sukan dan hari kanak-kanak.

KELAB TAICI

Kelab ini merupakan kelab yang baru ditubuhkan pada tahun ini. Ahli kelab ini terdiri daripada 4 orang murid dan di bawah bimbingan 2 orang guru penasihat iaitu Cik Chin Yan Yan dan Pn Gan Ling Jen serta seorang jurulatih. Melalui kelab ini, murid-murid dapat menjalankan pelbagai aktiviti yang dapat menyihatkan badan bahkan menambah ilmu pengetahuan mereka dengan secara tidak langsung.

PERSATUAN HOSANA

Kelab ini sangat digemari oleh murid. Dengan menyertai kelab ini, murid dapat menjalankan pelbagai aktiviti yang dapat memupuk sifat moral di samping mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Pada tahun ini, Kelab ini mengandungi sebanyak 57 orang murid. Guru Penasihat kelab ini ialah Cik Chen Pick Ching dan Cik Choo Yen Yen.

KELAB BUDHI

Kelab ini sangat digemari oleh murid. Dengan menyertai kelab ini, murid dapat memupuk sifat-sifat moral dan agama sepanjang pertemuan yang dijalankan. Kelab ini dianggotai seramai 69 orang murid. Guru Penasihat kelab ini ialah Pn Lim Hui Chin dan Pn Tan Huey Ying dan Pn Sim Boon Hong.

   
 
 

Alamat: Jalan Persisiran Sutera Danga, Taman Sutera Utama, 81300 Skudai, Johor Bahru, Johor, Malaysia.

NO. Telefon: 607-5591310, 5591320 NO. Faks: 607-5591304